Tuesday 25 October 2011

Ukur Aras

Ukur ditakrifkan sebagai suatu cara mengambil bacaan dengan mencerap dan mengukur untuk menentukan sempadan, saiz, kedudukan, kuantiti, keadaan, nilai, dan sebagainya bagi lot-lot tanah bangunan, ladang, lombong dan butiran spatial.

            Walau apa jua ukur sekalipun, pengukuran jarak dan sudut adalah suatu elemen penting dalam kerja ukur termasuklah ukur kejuruteraan. Pengukuran jarak diambil mengikut jarak di antara titik-titik di atas permukaan bumi  manakala pengukuran sudut diambil mengikut sudut di antara garisan atau arah rujukan dan garisan ukur sama ada dalam satah mendatar mahupun menegak. Unit digunakan dalam pengukuran jarak meter manakala unit pengukuran sudut adalah darjah, minit dan saat (seperti 230° 30¢ 40²)

            Secara praktiknya pengukuran jarak dan sudut dilaksanakan di lapangan. walaubagaimanapun ia boleh dibuat di atas peta sedia ada (termasuklah di atas peta yang dicetak atau peta digital). Dan ini bergantung kepada keperluan. Biasanya, pengukuran melalui peta adalah kerja pendahuluan untuk melihat secara kasar manakala pengukuran di lapangan adalah untuk menghasilkan peta atau pelan baru dan juga mengemaskini maklumat sedia ada.

No comments:

Post a Comment